Wednesday, February 10, 2010

TVB DRAMA

Mesti korang tertanya-tanya kan TVB tu ape? TVB ni salah satu stesen televisyen yang berpusat di Hong Kong dan menyiarkan pelbagai drama-drama menarik dan pelbagai tema diutarakan tidak kiralah sejak zaman purba China hinggalah zaman moden hari ni.Saya tertarik menonton drama TVB ini kerana terdapat kepelbagaian tema diutarakan seperti contoh perihal kerjaya sebagai polis,peguam,bomba,doktor, ahli forensic malah pakar bedah mayat zaman purba China juga dijadikan drama bersiri terbitan mereka. Masalah perbezaan bahasa dan budaya tidak menjadi halangan bagi sebahagian masyarakat Malaysia untuk meminati drama siri sebegini kerana mungkin masyarakat sudah kebosanan dihidangkan cerita-cerita stereotaip Melayu yang hanya berkisarkan dunia korporat,dengki-mendengki,fitnah-memfitnah,persoalan cinta semata-mata,budaya rempit malah kebanyakan pelakon tidak mempamerkan mutu lakonan yang berkualiti tidak standing langsung dengan ketebalan mekap mereka yang sering kita saksikan dalam drama-drama Melayu! Berikut contoh drama TVB yang menarik yang pernah saya tonton dan ditayangkan di stesen televisyen Malaysia seperti ntv7 dan 8tv:
-Colurful Life- mengisahkan syarikat perusahaan membuat kain pada zaman purba China dan menariknya walaupun syarikat keluarga ini pernah mengalami kerugian,mereka bangkit bagi membina semula syarikat keluarga mereka sehingga berjaya.
-Armed Reaction-Siri ini berlanjutan selama empat siri dan apa yang dapat dianalisis daripada cerita ini kepantasan pasukan polis luar negara dalam menyiasat sesuatu kes amat pantas dan ini menyebabkan kadar jenayah mereka amat berkurangan. Bukanlah drama siri polis Gerak Khas tidak menarik,malah ia satu percubaan yang baik Cuma mungkin pergerakan jalan ceritanya yang agak lambat malah susun atur dialog para pelakonnya terlalu terikat dengan konsep secara formal membuatkan para penonton cepat bosan.
-Forensic Heroes-Mungkin ada yang beranggapan siri ini mengambil formula dari siri popular penyiasatan Amerika,CSI tetapi apa yang dapat saya rumuskan kebanyakan kes dalam cerita ini lebih mudah difahami dalam konteks masyarakat Asia yang tidak terlalu terdedah dengan teknologi canggih yang terkini hatta untuk melakukan jenayah sekalipun!
-On The First Beat-Siri ini masih ditayangkan di stesen ntv7 sekarang.Kecekapan yang ditunjukkan oleh salah satu cabang unit dalam pasukan polis Hong Kong,Police Tactical Unit(PTU) amat mengagumkan sekali. Malah,fungsi polis peronda di Hong Kong ditunjukkan dalam jelas dalam cerita ini malah turut membantu masyarakat sekeliling dalam menyelesaikan masalah harian mereka. Para penonton Malaysia yang menonton cerita ini pasti bersetuju dengan saya bahawa fungsi polis peronda tidak terlalu kelihatan di Malaysia, jika polis peronda di Malaysia dipertingkatkan kecekapannya secara efisien, pasti kadar jenayah remeh-temeh seperti kes ragut dapat dikurangkan.

1 comments:

Rabiatul said...

nak cite survivor law!!
hehe..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...