Tuesday, February 16, 2010

PROFESION DOKTOR: UNTUK KEPUASAN DIRI ATAU SEKADAR IKUTAN?

Doktor adalah individu yang memiliki ijazah kedoktoran (MD:Medical Doctor atau MBBS:Medicine Bachelor Bachelor of Surgery) dan diiktiraf oleh agensi yang bertanggungjawab dalam pendaftaran dan pelesenan bagi pengamal perubatan. Tugas dan tanggungjawab doktor adalah istimewa dan unik serta memerlukan komitmen kerja yang tinggi. Doktor mampu bertugas di luar waktu pejabat dan menitikberatkan keselamatan dan keperluan pesakit. Bagi memohon kursus perubatan, ia bergantung kepada peringkat pengajian pelajar. Pelajar lepasan SPM perlu memohon ke matrikulasi sebelum ke sekolah perubatan. Manakala, bagi lepasan STPM boleh memohon terus ke IPTA atau IPTS. Peluang kerjaya dalam bidang perubatan sangat luas. Secara ringkasnya, seseorang yang telah menamatkan ijazah kedoktoran tidak kira MD atau MBBS diwajibkan bagi menamatkan perkhidmatan wajib selama tiga tahun di hospital-hospital kerajaan. Tempoh ini termasuk satu tahun sebagai houseman atau doctor siswazah dan dua tahun lagi sebagai pegawai perubatan. Kemudian, pegawai perubatan siswazah dikehendaki melalui tiga rotasi utama selama satu tahun meliputi asas surgery, perubatan, obstetrik serta ginekologi( bidang sakit puan). Ini memberikan peluang bagi mereka memilih subkepakaran yang ingin mereka pilih kelak. Bagi yang berminat menjadi pensyarah perubatan di samping bertugas sebagai pakar perubatan, pilihan boleh dilakukan bagi menyertai university tempatan sebagai pensyarah pelatih perubatan. Bersesuaian dengan tugas yang diberikan serta tanggungjawab, gred pensyarah pelatih perubatan adalah tinggi sedikit berbanding gred pegawai perubatan biasa iaitu DU 45. Bidang perubatan adalah bidang yang mencabar, memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Apapun, pisau di tangan anda , terpulang kepada anda untuk memilih profesion doktor sama ada kerana Tuhan, memenuhi tuntutan fardu kifayah,untuk kepuasan diri dalam membantu sesama manusia ataupun sekadar mengikuti ajakan rakan atau kemahuan ahli keluarga. Tepuk dada, tanyalah selera!

2 comments:

fatiey said...

so helpful!tenx..

sfw said...

sama-sama fatiey..takdelah menolong sangat..
saya refer buku gak

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...