Tuesday, February 16, 2010

KERJAYA DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG: UNTUK MENCARI POPULARITI ATAU MENEGAKKAN KEADILAN?

Pengkhususan dalam bidang undang-undang terbahagi kepada undang-undang sivil dan syariah. Bagaimanapun, kebanyakan alma tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menitikberatkan kedua-dua pengkhususan bagi melahirkan lulusan undang-undang yang berkualiti yang dapat menegakkan hukum dunia dan pada masa yang sama tidak mengenepikan hukum syariat Allah. 
                                         
                                                            

Pengajian dalam bidang ini amat mementingkan bahasa Inggeris sama ada dalam komunikasi ataupun penulisan kerana semua buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Selain itu, semua dokumen-dokumen perjanjian disediakan dalam bahasa Inggeris. Bagi yang beminat menceburi bidang ini, anda mesti fasih bertutur bahasa Inggeris walaupun bahasa pengantar di mahkamah sekarang ialah bahasa Melayu. Kerjaya bagi lulusan undang-undang semestinya sebagai seorang peguam, sama ada peguam sivil atau syarie atau kedua-duanya sekali. Sekiranya tidak berminat bertikam lidah di mahkamah, anda boleh memilih untuk menjadi penasihat undang-undang bagi syarikat-syarikat besar yang anda dikehendaki menggubal polisi syarikat agar tidak bertentangan dengan undang-undang. 

Namun, semuanya terletak pada nawaitu diri sendiri sama ada menceburi bidang ini sekadar untuk mendapat kepuasan untuk berbalas hujah di mahkamah atau menegakkan keadilan untuk segenap lapisan masyarakat. Bak kata pelawak terkenal, Nabil, lu fikirlah sendiri!


  • Sumber rujukan buku Panduan Kerjaya :Tentukan Hala Tuju Anda Selepas Alam Persekolahan tulisan Amin Hazyq. Beliau ialah graduan lulusan University of Bradford, United Kingdom yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...