Setelah sekian lama tak rant pasal drama korea, kali ni nak rant tentang drama korea yang tengah hangat ditayangkan sekarang di saluran SBS.Moon Lovers membariskan pelakon-pelakon top yang ramai dek kerana watak putera dalam cerita ni ramai.Latar masa drama ni ketika zaman Goryeo.Goryeo ni kerajaan sebelum Joseon.
Dari kiri: Z.Hera (Soon-duk, Wang Eun wife), Ji Soo (Wang Jung, 14thprince), Seohyun SNSD (Woo Hee, Last Princess of Baekje, Baek-ah lover), Nam Joo-hyuk (Baek-ah, 13thprince), Baekhyun EXO (Wang Eun, 10thprince), Lee Jun-ki (Wang So, 4thprince), IU (Hae-soo), Kang Ha-neul (Wang Wook, 8thprince), Kang Han-na (Yeon-hwa, 8thprince younger sister), Hong Jong-hyun (Wang Yo, 3thprince), (Chae-ryung, Hae-soo maid), (9thprince).
Aku tak minat follow percintaan tiga segi Wang Wook-Hae Soo-Wang So. Mungkin sebab aku tak berapa suka lakonan IU dan aku dah penat tengok kisah percintaan tiga segi. Bagi je la sorang satu heroin kat setiap putera tu. Macam drama DOTS, ada dua pasangan. Dalam banyak-banyak putera ni, ada sorang yang tak serius, suka main-main,bukan tipikal punya watak putera yang mesti bijak dan pandai seni mempertahankan diri.Orang lain follow sebab main couple, aku follow drama ni sebab Eundeok couple ni je..huhu..
10thprince dilakonkan oleh Byun Baekhyun, vokal utama kumpulan EXO. Dia ni jenis tak kisah dan tak nak ambik tahu pun pasal perebutan takhta antara adik beradiknya lepas ayahandanya mati.Kisah dia makin menarik apabila kena kahwin paksa dengan Park Soon-duk (lakonan Z.Hera), anak jeneral askar.Kontra habes sifat dia dengan isteri dia ni.Soon-duk ni memang suka Wang Eun ni dari kecil lagi.Suka tengok perkembangan kisah depa ni, dari tak suka jadi cinta.Sifat mereka yang sangat kontra menjadikan mereka lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
Lepas dua tahun kahwin, barulah Eun ni jatuh cinta dengan Soon duk ni.Tapi..kegembiraan mereka sekejap je..mungkin mereka mati dibunuh nanti.Mungkin sebab aku kena tunggu episod minggu depan.Harap la kesudahan yang happy buat depa.Kesian kot,sebab depa tak ambik tahu pun pasal pergolakan merebut takhta tapi end up mati disebabkan konflik ni.
Ni OST yang paling aku suka.Baekhyun nyanyi OST ni dengan Chen dan Xiumin.Terus aku terpesona dengan suara Baekhyun.
Update 7/11/2016
Ok,memang depa mati.Tapi,sehidup semati laa.Akhirnya,Wang Eun sedar dia sayang dekat isterinya sampai sanggup mintak Wang So bunuh dia untuk bersama isteri dia yang dah mati.4 kali aku tengok scene ni, 4 kali jugak la aku menangis beria.Tak tau kenapa, sebak tengok scene ni lain macam je.Ni gara-gara Wang Yo yang dah jadi raja dan nak fitnah Eun kononnya Eun memberontak.Padahal, Eun ni punyalah innocent tak tahu apa-apa.Sejarah membuktikan mana-mana pergolakan politik dan perebutan kuasa pun,akhirnya orang tak bersalah yang menjadi mangsa.Payah betul aku nak move on lepas scene depa ni mati.
Tapi, salute kepada writer cerita ni.Aku faham writer nak tunjukkan yang kesan perebutan kuasa terhadap orang yang tak bersalah.Dan at the end, kita tak kan salahkan mana-mana prince dalam cerita ni yang bertindak jahat.Ada sebab tersendiri kenapa mereka jadi macam tu.Wang Yo yang aku tengok jahat,tapi bila saat kematiannya,rasa kesian pula sebab dia jadi raja pun disebabkan hasutan bondanya.Kecuali Wang Won dan Yeon Hwa, watak lain ada justifikasi sendiri kenapa mereka bertindak sedemikian.
Lakonan Baekhyun memang menjadi dalam episod 16 ni.Ditambah dengan lakonan Jun Ki dan Z.hera, lagi lah terasa sedihnya.
p/s:Disebabkan post pasal Wang So-Hae Soo terlalu mainstream,jadi post aku dipenuhi dengan Wang Eun-Soon Deok je.Dah kenapa, banyak drama korea tahun ni yang sad ending?..huhu....