Alhamdulillah semalam saya dah selamat menerima keputusan STPM 2011.Memang betullah penantian satu penyeksaan..Mula-mula tgk result,eh,nape jadi camni?tu lah yang terdetik dalam hatiku..Subjek yang aku target skor tak skor malah sebaliknya subjek yang aku gerun tu lah aku skor..Lepas tu memang rase down tapi bila tengok ramai kawan-kawanku yang lagi teruk resultnya, aku lantas terfikir aku sepatutnya bersyukur dengan kurniaannya yang tak terhingga..Aku pernah mengalami situasi keputusan peperiksaan awam yang lagi teruk daripada ini,jadi siapalah aku untuk mempersoalkan takdirNYA..
Ya,bukan mudah nak memujuk hati supaya bersabar sebab itulah Allah berfirman bahawa DIA akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.Mungkin ada hikmahNYA yang kita sebagai hambanya tidak tahu kerana itu semua dalam perancangan Allah jua.It is not the end of this world..
Semasa belek-belek majalah Solusi keluaran 41 yang terkini la ni,aku terbaca satu kata-kata yang aku rasa cukup kena dengan situasi aku sekarang.Boleh semak dalam kolum Maqasid Syariah kelolaan Ustaz Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani.Tajuk kolum ni bulan ni ialah Rahsia di Sebalik Larangan Bidaah.Sesiapa nak lebih faham apa itu bidaah,bacalah artikel ni.
‘’Biasanya seseorang akan dapat merasai nilai kesihatan apabila ia jatuh sakit,atau dapat menilai cahaya selepas berada dalam kegelapan.Begitu juga seseorang mampu mengenali sunnah selepas mengetahui apa itu bidaah.Justeru,berdasarkan kaedah ‘’sesuatu dikenali melalui lawannya’’,kita perlu mendefinisikan apa itu bidaah.’’
Nah,memang rasa betullah kena pada diri sendiri.Betul tak,kita akan tahu apa itu amalan baik setelah kita tahu apa itu amalan jahat.Kita akan tahu apa nikmatnya hati berada dalam keadaan mengingati Allah setelah kita tahu betapa sengsaranya hati kita melawan fitrah jika berbuat perkara maksiat..
3 comments:
apa pon mabruk ya ukhti... yupz just said ALHAMDULILLAH (=
syukran mujahidah1413h..
doakan ana berjaya ke menara gading..
thanks steve niklas
Post a Comment