Salam mahabbah..lama betul tak update blog ni..selepas dapat keputusan STPM baru-baru ni,diriku terlalu sibuk 'bercinta' dengan UPU untuk mengisi permohonan ke IPTA..diharap anda yang membaca entri ini dapat mendoakan saya menjejak kaki ke menara gading..InsyaAllah..
Pernah atau tidak anda mengalami situasi anda sahaja yang setia bertanya khabar rakan-rakan anda sebaliknya mereka kurang mengendahkan anda..Lantas,anda membuat kesimpulan mudah bahawa mereka tidak mengingati anda..Sebenarnya,jika kita mengharapkan balasan daripada sahabat,kita sepatutnya mempersoalkan tahap keikhlasan diri kita kepada mereka.Mari kita melihat apa maksud ikhlas:
Ikhlas dari segi bahasa ialah bersih daripada kekotoran.
Ikhlas dari sudut istilah syarak ialah berniat mengharapkan keredhaan Allah dengan melakukan amal tanpa menyekutukan Allah dengan suatu apapun.
Nah,sudah faham maksud ikhlas..Apabila terjadi situasi seperti di atas,kita seolah-olah meletakkan sahabat kita sebagai matlamat sedangkan kita sepatutnya terus bersahabat dengan mereka untuk mendapatkan keredhaan Allah.Sungguh manis sesuatu persahabatan jika disandarkan kepada Allah..Berbaik sangkalah dengan mereka kerana berbaik sangka merupakan aras paling rendah dalam persahabatan..Jika aras paling rendah pun kita tidak mampu buat,apatah lagi melakukan di aras yang lebih tinggi..
Akhir kalam,penilaian kita di mata ALLAH lebih penting berbanding penilaian kita di mata manusia..
3 comments:
sayang awop kakakku ! :)
Maaf..artikel anda salah..ikhlas bukannya seperti yg anda maksudkan....
Adik Nina,saya terbuka untuk sebarang perbincangan.Jadi,bagi saudari,apakah maksud sebenarnya?
Post a Comment