Lama tak update blog dan perasaan teruja aku untuk entri kali ni nak ulas tentang novel Ramlee Awang Murshid yang agak terkini jugak la iaitu Fiksyen 302.Habis je baca novel ni,perasaan aku sungguh kagum dan teruja dengan gaya penulisan RAM kali ni.Aku membayangkan jika novel ini difilemkan,memang boleh lawan Holllywood,cuma masalahnya siapalah nak buat?Angka 302 tu rupa-rupanya merujuk kepada Seksyen 302 yang membawa hukuman mati mandatori.
Mula-mula baca sinopsis di kulit belakang novel ni ada nama Rita Yuzalina iaitu seorang peguam dan wataknya juga dimunculkan dalam bahagian prolog.Lepas tu baca punya baca eh ,hilang pulak watak Rita ni dan pembaca dibawa menyelami watak Norhafiza Izura juga seorang peguam dan muncul lah watak Lan Lani,Jimmy Yeoh,Prakash Kumar dan Farid Jaa'ah yang membunuh mangsa mereka dengan cara yang hampir serupa.Memang RAM berjaya buatkan pembaca berdebar-debar dan memaksa kita berfikir macam watak Hizamnudin seorang pesara polis dan Alias seorang pegawai polis untuk mengaitkan persamaan semua kes tersebut.Macam dalam novel Mikhail,RAM berjaya membuatkanku rasa yang PDRM ni hebat dalam menyelesaikan kes!
Tiba di pertengahan cerita,barulah aku faham apa kaitan watak Rita Yuzalina dengan kes-kes di atas dan peranan Dr.Rozlina seorang pakar psikiatri dalam mengusahakan satu projek penting bagi menyelesaikan kes-kes di atas.Memang kena alertlah dengan perubahan masa antara tahun 2012 dan 2032 dalam novel ni kalau tak memanglah tak faham.Dan yang buat aku jatuh rahang ialah Rita tu rupa-rupanya ialah.........!Hem,cari novel ni sendiri dan baca lah ye!
Selesai membacanya,memang novel ni memaksa kita melakukan 'pengembaraan minda' dan berfikir untuk menyelesaikan masalah
Kata pengantar RAM dalam novel ni;
'Faktor 'memikirkan sesuatu' merupakan latihan minda yang sangat baik.Asas transformasi minda menyatakan-masalah adalah latihan minda yang sangat berkesan.Bermakna semakin kita menjuruskan minda kepada aspek pemikiran,maka semakin banyak neuron-neuron otak yang akan terhasil.Ia sangat baik untuk proses kecerdasan dan kecerdikan minda..percayalah...'
Patutlah kalau zaman-zaman skolah dulu,budak yang pandai subjek Matematik,biasanya dia akan pandai jugak subjek-subjek lain nak-nak yang killer macam Fizik,Kima,Biologi dan Matematik Tambahan.Sebab Matematik kan subjek yang memerlukan kita menyelesaikan masalah.
Inilah novel RAM yang keempat aku beli selepas Mikhail,9 Nyawa , dan Rayyan Fantasi.Novel Bagaikan Puteri the Series tu aku dah give up nak kumpulkan koleksi sebab tak dan nak beli.Hehe..Tengoklah nanti bile cukup belanjawan nak beli semua series tu..Aku baca pun sampai Hijab Sang Pencinta..aku habiskan 3 novel terawal siri ni dalam masa sehari je sebab mase tu aku tumpang tidur kat rumah mak sedara aku kt Penang yang memang jadi pengumpul novel gak..Terima kasih no Mak Andak Suraya...
Kesimpulannya,5 bintang tuk novel ni...dan moral citer ni sebenarnya lebih kurang dengan novel Mikhail iaitu tak payahlah simpan dendam kat orang lain kerana dendam tu lebih menyakitkan hati kita..
Belajarlah memaafkan orang lain agar jiwa kita menjadi tenang...........
0 comments:
Post a Comment