Sunday, February 12, 2012

Berbakti Kepada Ibu Bapa

Salam mahabbah..lama juga tak post entri kat blog ni..Hari ni nak citer pasal kisah kita dengan ibu bapa..

Disebabkan saya ni bergelar penganggur buat masa sekarang,jadi memanglah keje jadi suri rumah sepenuh masa..mula-mula tension yang amatlah buat kerja-kerja rumah dan rutin yang sama setiap hari tambah-tambah lagi apabila setiap kerja yang dibuat mendapat kritikan daripada pengkritik tetap..siapa lagi kalau tak IBU BAPA tercintalah..



Pada suatu petang yang permai,aku tertengok rancangan Selami Jiwa Fadzilah Kamsah siaran di astro Oasis di mana tetamunya ialah Imam Muda Asyraf..Ada satu kata-kata yang buatkan aku rasa macam betul-betul tekena batang hidung sendiri iaitu ''Kita selalu merungut dengan mak bapak kita,tapi kita sedar atau tidak,ketika kecil,kita buang air kecil ke buang air besar ke.mak kita akan basuh tanpa berkira,kita tumpahkan makanan,mak kita tetap suapkan kita,ayah kita sabar mencari rezeki dan apabila pulang,kita sambut dengan tangisan,namun  IBU BAPA KITA TETAP MENJAGA KITA TANPA MERUNGUT!

Siapa yang tak tersedar dengan kata-kata dia atas,tak tahulah nak buat camne nak lembutkan hati tu.Lantas,buatkan aku bermuhasabah untuk lebih bersabar dengan segala kritikan ibu bapa kerana mereka menegur kerana sayangkan kita.Kalau ibu bapa kita tak tegur kita,itu yang patut kita risaukan.

''Dan (amat derhaka) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya,''Ah''...(Surah Al-Ahqaf ayat 17)

Teringat kenangan ketika menetap di asrama,aku paling menantikan waktu pulang hujung minggu.Aku lebih rela mendengar leteran ibu bapa di rumah daripada dihantui kebosanan di asrama.Kadang-kadang ada juga rasa terkilan apabila terdengar dialog-dialog sebegini;

''Malaslah balik rumah minggu ni,asal balik je kene kemas rumahlah,masaklah,jaga adiklah''
''Mak aku bukan bagi aku keluar rumah jumpa member,bahayalah apa lah,semua nak kongkong''

Sedarkah KITA,ibu bapa tak pernah merungut semua perkara yang dibuat untuk kita sejak kita dilahirkan sehinggalah kita mampu berdikari.Sabarlah dengan leteran mereka kerana suatu hari nanti apabila mereka tiada di dunia nanti,anda pasti rindukan leteran mereka.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...