Pernah satu hari,Abbas as-Sisy melihat keadaan masyarakat yg rosak.Akhirnya dia menangis kerana merasakan besarnya tanggungjawabnya terhadap ummah.Rasa gusar dengan kehilangan hukum Allah di muka bumi ini.Hassan al-Banna yg ketika itu berada di sebelah Abbas as-Sisy,berkata:Ketika ini,barulah kau faham erti dakwah.
Apabila kita hendak melaksanakan dakwah,kita perlu rasa tanggungjawab terlebih dahulu.Kita mesti ada perasaan untuk memikul amanah Allah ini dan menyebarkan kepada orang lain.Dan kita rasa kita perlu buat sesuatu kepada masyarakat dan kalau kita tidak buat sesuatu,Allah akan persoalkan kita nanti.
Dipetik daripada novel Sinergi karya Hilal Asyraf m/s 308-309
Apabila menyebut dakwah,tergambar di minda sesetengah golongan bahawa tugas ini hanya terletak di pundak ustaz ustazah,pelajar pengajian Islam dan yang seumpama dengannya.Sedangkan,kita semua telah ditaklifkan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi sejak di alam roh lagi.Dakwah tidak semestinya perlu dilakukan secara formal atau melalui ceramah dan tazkirah yang panjang berjela.Ia boleh dilakukan mungkin semasa kita sekadar bershopping dengan teman-teman,beriadah atau mengulang kaji pelajaran.
Caranya mudah sahaja,kita menyeru kepada kebaikan dan mengajak mereka meninggalkan kejahatan dan pada masa yang sama kita muhasabah diri untuk meningkatkan amalan kita.Mudah bukan?Dan janganlah bermasam muka dengan sahabat jika kita ditempelak atau disindir.Berlapang dada dan berbaik sangkalah dengan mereka.Kita hanya penyeru bukan penghukum.
Dan dakwah perlu mengikut kondisi rakan kita.Perlu ada perbezaan method dakwah dan cara menegur rakan yang daripada latar belakang agama yang kuat atau sebaliknya.Rakan yang mempunyai background agama yang kuat mungkin boleh menerima secara terus teguran berbanding rakan yang tidak mempunyai background agama yang kuat.
Dalam entri akan datang,saya akan cuba mengupas lebih lanjut tentang cara berhadapan dengan rakan yang berbeza latar belakang agama dan cara hidup.Semoga kita sama-sama ada rasa tanggungjawab untuk berdakwah!
0 comments:
Post a Comment