Tuesday, August 16, 2016

Diagnosis Seorang Doktor

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: kaya, bergaya,glamour,rasa superior..Lupakan serta merta.Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dangkalnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa DIA.

Baca blurb buku DIAGNOSIS ni je dah mampu buat aku tak fikir panjang untuk beli buku ni.Buku ni aku beli pakai baucar buku.RM50 untuk 3 buah buku Dubook Press.Aku beli masa Kolej Pendeta Za'ba buat karnival kolej masa aku sem 6.Dah berzaman baca, baru nak buat review.

Buku DIAGNOSIS ni ditulis secara bersama oleh tiga orang doktor, Dr.Anwar Fazal, Dr Aizzat dan Dr Azzah.Kita dapat rasakan pengalaman yang diceritakan mereka dalam bergelumang dalam kesibukan hospital sehari-hari.Jujur,bukan mudah untuk menjadi seorang doktor.Perlukan ketahanan mental dan fizikal yang kuat.Dan, apapun seperti blurb buku ni, "Setiap DIAGNOSIS itu hakikatnya datang dari DIA.Doktor hanya perantara".Sehabis daya mana pun doktor berusaha, ALLAH jua menentukannya.

Seterusnya, buku Cakar Ayam Seorang Doktor.Buku ni aku tertarik disebabkan tajuk dan kulit bukunya.Kreatif betul pereka bentuk kulit buku ni.Buku ni diselenggara oleh Dr Fahd Razy,dan turut ditulis bersama dengan Dr Sharif Ahmad,Dr Onn Azli,Dr Kamarul Ariffin dan Cikpuan Jazlina Syahrul Cikpuan Jazlina ni seorang pakar pemakanan atau dietitician.

Jika nak dibandingkan dengan DIAGNOSIS, CASD lebih tersusun dan ada nada humor.Siap diselitkan beberapa info kesihatan.Rasa berilmu sikit seusai membacanya.Dan, aku lebih suka gaya penulisan dalam buku ni.Nampak sastera sangat tapi ada nada humor.Bukan senang nak cerita sesuatu benda yang berfakta dan serius dan pada masa yang sama diselitkan nada humor.Oh, mungkin aku lupa, yang penulis-penulis buku ni daripada Grup Karyawan Luar Negara.Jadi,darah penulis sudah tersedia dalam adrenalin mereka.

Penulisan Dr Sharif dan Fahd Razy lebih serius walau ada sedikit nada humor,mungkin kerana faktor pengalaman dan usia.Penulisan Dr Onn banyak berunsur nasihat dan motivasi kepada pelajar perubatan dan bagaimana menghadapi cabaran sebagai seorang doktor.Ditambah dengan ilmu tentang pemakanan oleh Cikpuan Jazlina, tidak rugi baca buku ni.

Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan.Sedikit senyum dan tawa.Teladan dan iktibar.Hati yang tersentuh.Semangat dan inspirasi.Cubit-cubit sikit.Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal.

Lepas baca kedua-dua buku ini,aku lebih menghargai dan cuba untuk memahami warga Kementerian Kesihatan keseluruhannya termasuklah doktor,pembantu pegawai perubatan,jururawat,ahli farmasi,juru x-ray,mak cik cleaner dan lain-lain yang aku tak ingat dah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...