Monday, August 17, 2015

Sad Songs Kpop Part 2


1. T-ARA


Lagu ni dinyanyi secara duet dengan Davichi.Sapa tak kenal Davichi kan,selalu nyanyi utk OST.


Lagu We Were in Love tadi tu sebenarnya salah satu OST bagi MV diorang.Masa ni, T-ara memang dahsyat dalam pembikinan MV.Jadi drama pulak.Mula-mula dalam Cry Cry, Jiyeon ni kematian ayahnya dibunuh gangster.Kemudian, gangster yang bunuh ayahnya tu la ambik dan jaga dia sampai besar.Tapi dia tak tau hakikat tu.Kemudian, ceritanya bersambung dalam lagu Lovey Dovey, di mana dia dah tahu perkara sebenar dan ambil keputusan buat pembedahan plastik ubah muka sebab nak lupakan kenangan pahit.Lepas tu, korang tengok la sendiri apa jadi.


Kali ni pulak lagu Day by Day. Kali ni, Hyomin jadi watak utama.Hyomin ada seorang adik perempuan, dilakonkan oleh Dani.Latar tempat dan masa MV ni konon-konon masa berpuluh tahun akan datang di mana feeling-feeling sangat moden masa tu.Dani ni ada kelebihan kuasa luar biasa dengan matanya walaupun dia buta.Jiyeon jadi watak jahat kali ni culik Dani untuk dimanfaatkan kuasanya maka terpisah la dua beradik ni.Beberapa tahun lepas tu, Hyomin jumpa balik dengan adiknya yang dilakonkan oleh Eunjung.Lepas tu, macam biasa tengok la sendiri apa jadi ye.


Lagu ni sangat la best.Masa ni T-ara ada 8 orang ahli.Kelebihan depa ni barisan vokal macam Jiyeon dan Soyeon sangat mantap, manakala Eunjung dan Hyomin pandai rap dan juga pandai nyanyi, Qri dan Boram juga sub-vokal yang bagus, ditambah ada ahli baru masa ni, Hwayoung yang sangat pandai rap dan Ahreum yang juga boleh rap dan menyanyi.Susah nak jumpa girl group yang ada barisan vokal dan rappers yang sangat mantap.


Lagu ni Ahreum nyanyi berduet dengan penyanyi lain.Lagu ni dan lagu Don't Leave merupakan OST dalam MV Day by Day dan Sexy Love tadi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...