Tuesday, May 6, 2014

Festival Kembara Iman II


Alhamdulillah,akhirnya program Festival Kembara Iman II anjuran Sekretariat Kerohanian dan Moral Kolej Rahim Kajai,UKM telah selamat berlangsung pada 25-27 April 2014.Jika pada penganjuran kali pertama dahulu,aku terlibat sebagai setiausaha program,kali ini aku mencabar diri untuk terlibat sebagai pengarah program a.k.a programer.Tugas sebagai programer ialah merangka dan merancang untuk keseluruhan program dan kemudiannya memberikan senarai gerak kerja kepada semua bahagian yang terlibat merangkumi protokol,teknikal,logistik,cenderamata,pemasaran,publisiti,jamuan,dan tugas-tugas khas.Post programer ni la yang paling orang tak nak dalam mana-mana penganjuran program.

Pengalaman pertama terlibat sebagai programer ialah sangat mencabar!.Perlukan ketabahan yang amat sangat ketika merangka keseluruhan program.Bayangkan,aku dan rakan-rakan programer perlu memahami dan memberi arahan kepada semua post lain yang terlibat.Mereka hanya menunggu arahan daripada kami.Kami juga perlu memikirkan back-up plan bagi setiap slot program jika berlaku kejadian tidak dijangka.Sebarang gerak kerja yang nampak tidak lancar maka kesalahannya akan berbalik kepada programer.Ditambah pula dengan kerenah birokrasi orang atasan menyebabkan beberapa tentatif program terpaksa diubah pada minggu berlangsungnya program.Disinilah kesabaran aku dan rakan-rakan programer teruji.


Slot bersama ustazah Nik Salida

Namun,itulah orang kata pengalaman.Bila dikenang kembali pengalaman itulah mematangkan kita di kemudian hari.Kenangan manis ialah kami AJK Programer banyak berurusan dengan orang kenamaan dan penceramah popular seperti IM Fakrul, Shamsul Ghau Ghau,kumpulan nasyid Mestica, ustazah Nik Salida, dan ustaz Nik Azizan yang popular dengan rancangan Mari Bertarannum di TV9.Hal ini melatih kami skil berkomunikasi dengan pihak-pihak berkenaan merangkumi prosedur jemputan,bayaran,follow-up kemudiannya.

Pada hari terakhir program,sepatutnya ada slot bersama anak-anak yatim yang kami jemput khas untuk menyertai pertandingan tulisan jawi dan khat.Namun,disebabkan berlaku salah faham antara AJK Programer dengan MT yang berkenaan ditambah dengan VIP yang menjadi perasmi sudah hadir lebih awal,slot tersebut ditiadakan.Tetapi,aku dan rakan-rakan programer membuat keputusan mengejut di mana slot tersebut tetap diadakan tetapi hanya dalam masa yang terhad apabila melihat anak-anak yatim tersebut hanya berlegar-legar tanpa arah tujuan ketika menunggu majlis penutup.

Sungguh berbakat mereka rupanya dalam penulisan khat.Ketika diumumkan salah seorang daripada anak-anak yatim ini memenangi hadiah bagi pertandingan khat,sungguh gembira aku lihat mereka meraikan rakan mereka yang menang serta wajah penyelia rumah anak yatim tersebut.Entah kenapa,aku berasa sebak ketika itu kerana disebabkan berlaku salah faham dan demi meraikan orang yang lebih atas,kami terlepas pandang untuk lebih meraikan mereka.Jika masa boleh diputar kembali,aku mahu lebih meraikan mereka.Sedangkan Rasulullah sangat menyuruh kita menyantuni anak yatim,,,tetapi kami......

Last but not least,kata-kata bahawa 'jalan dakwah itu penuh onak duri' aku rasakan sepanjang melaksanakan program ini.Sungguh susah untuk menarik orang ramai terutama pelajar UKM sendiri ke program-program agama yang kami jalankan.Hal ini berbeza jika program-program berbentuk hedonisme,ramai yang memenuhinya.Apapun,diharap FKI III mampu direalisasikan seterusnya dengan penambahbaikan...

KENANGAN MANIS BERSAMA AJK PELAKSANA FKI II,SYUKRAN ALA KULLI HAL!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...