Monday, May 6, 2013

Doa dan Solat Sunat Dhuha

Salam alaik..


Bila meneliti dalam mp3 playlist aku,doa dhuha dendangan kumpulan UNIC boleh dikira termasuk dalam 'most played'.Tapi,bila ku fikirkan,bila kali terakhir aku tunaikan solat sunat dhuha?Padahal,tak susah mana pun.Nak kata tak sempat,sem ni kelas aku banyak start jam 10 pagi dan ke atas. Aduh! Memang rasa hati ini dihiris dengan sembilu! Takkan dok hafal doa je, ye tak? Jadi, saya mengajak diri saya dan anda untuk menunaikan solat sunat dhuha.Tak banyak pun,dua rakaat je.

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”

Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)


Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.

Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.


Cara Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.

1.  Niatnya:



 2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:




 4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:




5.  Berdoa.



Maklumat berkaitan solat sunat dhuha ini diambil dari http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-dhuha/.(Harap penulis asal halalkan!)

Apa lagi,yuk solat dhuha!


2 comments:

DAMAI SURIA said...

Assalamualaikum. Solat Dhuha banyak berkahnya... dilimpahi rezeki di samping menginggati Allah selalu:)

naf-mri said...

masyallah 'alaik!
Suaramu suaraku jua. *ini gurauan XD* Salam ziarah dari bumi Jordan!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...