Lagu ni dinyanyi secara duet dengan Davichi.Sapa tak kenal Davichi kan,selalu nyanyi utk OST.
Lagu We Were in Love tadi tu sebenarnya salah satu OST bagi MV diorang.Masa ni, T-ara memang dahsyat dalam pembikinan MV.Jadi drama pulak.Mula-mula dalam Cry Cry, Jiyeon ni kematian ayahnya dibunuh gangster.Kemudian, gangster yang bunuh ayahnya tu la ambik dan jaga dia sampai besar.Tapi dia tak tau hakikat tu.Kemudian, ceritanya bersambung dalam lagu Lovey Dovey, di mana dia dah tahu perkara sebenar dan ambil keputusan buat pembedahan plastik ubah muka sebab nak lupakan kenangan pahit.Lepas tu, korang tengok la sendiri apa jadi.
Kali ni pulak lagu Day by Day. Kali ni, Hyomin jadi watak utama.Hyomin ada seorang adik perempuan, dilakonkan oleh Dani.Latar tempat dan masa MV ni konon-konon masa berpuluh tahun akan datang di mana feeling-feeling sangat moden masa tu.Dani ni ada kelebihan kuasa luar biasa dengan matanya walaupun dia buta.Jiyeon jadi watak jahat kali ni culik Dani untuk dimanfaatkan kuasanya maka terpisah la dua beradik ni.Beberapa tahun lepas tu, Hyomin jumpa balik dengan adiknya yang dilakonkan oleh Eunjung.Lepas tu, macam biasa tengok la sendiri apa jadi ye.
Lagu ni sangat la best.Masa ni T-ara ada 8 orang ahli.Kelebihan depa ni barisan vokal macam Jiyeon dan Soyeon sangat mantap, manakala Eunjung dan Hyomin pandai rap dan juga pandai nyanyi, Qri dan Boram juga sub-vokal yang bagus, ditambah ada ahli baru masa ni, Hwayoung yang sangat pandai rap dan Ahreum yang juga boleh rap dan menyanyi.Susah nak jumpa girl group yang ada barisan vokal dan rappers yang sangat mantap.
Lagu ni Ahreum nyanyi berduet dengan penyanyi lain.Lagu ni dan lagu Don't Leave merupakan OST dalam MV Day by Day dan Sexy Love tadi.
Dah lama aku nak buat entri khas tentang novel-novel Syud. Syud ni antara penulis terawal dengan Jemari Seni.Gaya penulisan Syud ni kalau aku nak gambarkan macam kalau kita masak tu secukup rasa.Tak terlebih masin ke manis ke atau tawar.Sedang-sedang sahaja.Gaya penulisan Syud sangat bersahaja, memang menggambarkan realiti kehidupan seharian dan itu membuatkan kita rasa dekat dengan novelnya.
Ok, jom kita tengok sepintas lalu novel-novelnya.
1. Tentang...Dhiya
Novel ni mengisahkan Azril Mustaufi dan Dhiya Nurlisa.Mula kenal sebab terpaksa satu kumpulan untuk subjek English di UTM Skudai. Oh ya, semua watak dalam novel Syud merupakan pelajar dan alumni UTM dan Syud ni memang anak Johor jadi memang latar tempat dalam novel-novelnya sekitar Johor dan ada sedikit di Lembah Kelang.Sebab ni novel pertama dengan JS, jadi cerita pasal kehidupan di universiti sebagai permulaan untuk Syud dikenali pembaca memang berjaya.
UPDATE 4/6/2023: Novel Tentang Dhiya versi cetakan semula oleh Manes Wordworks boleh dapatkan secara onlinedi sini.
2. Untuk Awak Teja Aulia
Adil dan Aulia ni bersahabat baik sejak sekolah dan jiran satu taman.Tapi ye lah, lelaki dan perempuan mana boleh kawan baik, ada yang tergelincir.Jalan cerita yang klise macam ni bila Syud tulis, kita tak rasa sangat cliche tu, dan kita boleh terima.Satu lagi, Adil ni kawan baik dengan Azril, watak utama daripada novel sebelum ni. Geng depa ni ialah Azril, Adil, Pacai, Taufiq, dan Umar Hamka.Jadi, ada jugak la penampilan khas atau cameo gitu daripada Azril dalam novel ni.Novel-novel JS memang terkenal dengan cross over watak-watak macam ni.
3. Baju Melayu Hijau Serindit
Novel Syud paling nipis tapi yang banyak kali aku ulang.Kali ni cerita pasal Pacai pula.Pacai ni nama betulnya Firas.Kalau sebelum ni, watak hero heroin memang kenal secara natural, maksudnya atas nama rakan sekelas, jiran satu taman, kali ni watak Pacai ni terberkenan dengan Wardah yang telah dijumpa nya banyak kali secara kebetulan di mana-mana.Kalau ikut timeline dalam novel ni, macam Pacai yang kahwin last sekali dalam geng depa ni.
Yang ni pulak watak heroin, Nisa menyimpan perasaan pada Adif. Kawan-kawannya cuba beritahu Adif perasaan Nisa ni tapi tidak secara direct.Jenuh la Adif dan kawan-kawannya juga meneka siapakah gerangan orangnya.Suka sangat watak-watak kawan-kawan Adif dan Nisa yang menceriakan keadaan.Teringat masa zaman belajar aku kat UKM dulu. Update 7/10/2018
5. Dia..dalam Ramai dalam antologi Tinta Rasa macam setting drama Korea sangat..Fadli Ameeruddin atau Ameer atau Lee (panggilan Azril masa zaman sekolah), selalu terserempak dengan Sufiy Suraiya, seorang penulis novel kanak-kanak di JS.Masa tu Sufiy ni intern di bangunan yang sama dengan Lee.Habis intern, terus hilang jejak.Dan tak disangka-sangka, mereka jiran sebelah rumah dan sekampung,haha..Ada scene kononnya Ameer ni sampaikan ucapan melalui Sinar FM,,ok,ini lawak. Yang best,watak Sufiy dan Ameer ni ulat buku dan Ameer confess kat Sufiy pun kt kedai buku.Azril dan Lisa ada buat cameo dalam cerita ni.Rupanya baru aku faham Lee yang disebut dalam novela 10 tu rupanya Ameer ni.Dan Firdaus, hero dalam Vignette,tu abang kepada bekas teman lelaki Sufiy.Di awal novel Vignette,ada diceritakan yang Firdaus dapat kad jemputan kahwin Sufiy dan Ameer. (p/s: Aku baru beli Tinta asbab jualan selamat tinggal JS, tu sebab baru tau cerita Ameer-Sufiy ni dan baru update entri ni.Maka, lengkaplah senarai novel karya Syud yang aku ada.
Ini bukan lah cerita aku pergi ke Korea ke apa. Kali ni aku nak review sebuah buku yang menghimpunkan pengalaman 4 orang rakyat Malaysia yang pernah pergi dan tinggal di Korea Selatan.Terdapat catatan Ummu Hani Abu Hassan, penulis yang aku kagum cara penulisannya, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad.
Buku ini hasil terbitan syarikat Inteam Publishing.Coretan pertama dimulakan dengan Ummu Hani bercerita tentang pengalamannya sedari mula menjejakkan kaki ke bumi Korea ini bersama keluarganya.Beliau menuntut ilmu di peringkat doktor falsafah di Hankuk University of Foreign Studies dalam bidang Sastera Bandingan (Melayu).Aku suka dengan ketabahan beliau yang memulakan hidup di bumi Sonata ini dengan pada permulaan tidak tahu langsung berbahasa Korea sehingga lah boleh bertutur sedikit demi sedikit.
Sebagai seorang penulis mapan, Ummu Hani berjaya menggarap dan menganalisis budaya masyarakat Korea sama ada yang baik atau yang buruk.Budaya yang baik seperti menghormati orang yang lebih tua, budaya integriti,budaya kerja rajin dan tidak kurang juga budaya Barat yang mula menular seperti pergaulan bebas diperincikan sebaiknya oleh beliau.Tak ada lah kita disajikan dengan cerita yang manis-manis sahaja tentang Korea.
Beralih kepada catatan kedua, puan Norhayati Abu Bakar selalu mengembara dan catatan dari sudut seorang pengembara sepertinya begitu mengesankan.Beliau juga memberi tips musim mana yang sesuai untuk melancong ke Korea Selatan dalam bab Empat Musim, Empat Pilihan.Catatan ketiga oleh Hanafi Sarif daripada kaca mata seorang pelajar Kejuruteraan Mekanikal di Korea University.Beliau banyak menceritakan budaya sukan masyarakat Korea dan bagaimana survival pelajar Malaysia di perantauan.
Lagu ni penyanyi asalnya perempuan. Sebab tu liriknya mengisahkan kesedihan perempuan ni bila ditinggalkan kekasihnya. Serius, sedap sungguh suara depa ni. Aku tak follow sangat generasi ketiga kumpulan Kpop ni sebab kebanyakan muka jambu..haha..Tapi, depa ni lain, vokal memang mantap.Lagi, bangga depa ni 92-liner.Tak pasal-pasal aku jadi EXO-L lepas ni,padahal aku pernah cakap aku takkan follow EXO ni sebab depa bawah SM.Tak cukup dengan VIP,ARMY,BOICE,PRIMADONNA, aku tambah pulak jadi EXOL..Nasib la suara depa ni sedap.
geu torok saranghadeon geu saram
irheobeorigo
taoreuneun nae maeumman
heuneukkyeo une
The man I loved so dearly, has deserted me
And I am now weeping, holding with my wretched heart
geutorok mideo watdeon geu saram
dora seol juriya
yejeoneneun mollasseonne
jinjeong nan mollanne
The man I trusted with his love, has left me indeed
Honest God, I really didn’t know that he would leave me
All the great works for the past 500 years² went for nothing
Fathers get stabbed to death by sword,
children get torn to death under taxes
The wail of pain is echoing through Manwoldae³
in the flying ashes (of cremated bodies)
Mu-Yi-Yi-Ya (Is there any difference)? Mu-Yi-Yi-Ya?
I’m asking the world, on deciding life and death
Is there any difference between politics and swords?
You, the nameless bird in the sky,
why are you wailing so sadly?
You can’t find where wildflowers have fallen anyway
Mu-Yi-Yi-Ya (Is there any difference)? Mu-Yi-Yi-Ya?
I’m asking the world, on deciding life and death
Is there any difference between politics and swords?
You, the nameless bird in the sky,
why are you wailing so sadly?
You can’t find where wildflowers have fallen anyway
Translator’s Notes: ¹ Dohwajeon, 도화전 : The name of Yi In-Gyem’s luxurious mansion ² This drama takes place 500 years after Goryeo’s founding ³ Manwoldae 만월대 滿月臺 : The palace of Goryeo dynasty *According to the official SBS homepage, the song’s title “Mu-Yi-Yi-Ya” came from Mencius. (The Work of Mencius Book 1, Part 1)
Lagu ni aku dapat rasakan keperitan rakyat ketika saat-saat kejatuhan kerajaan Goryeo di mana golongan pemerintah berterusan mengaut harta sedangkan rakyat ramai yang kelaparan.
Kali ni aku suka pulak layan lagu BTS a.k.a Bangtan Sonyeodan a.k.a Bangtan Boys.Talented depa ni.Buat lagu sendiri dan lirik lagu mereka banyak cerita realiti kehidupan remaja sekarang.Depa ni lebih kepada hip hop jadi lagu depa banyak rap.Namun, tak bermakna vokal depa ni tak mantap.
Lagu ni buat aku suka kat depa.Lagu ni macam feeling feeling lagu Haru Haru Big Bang.Depa ni macam Big Bang Junior bagi aku.Padan la sebab depa ni memang mengaku VIP jugak pun.
Lagu ni kesinambungan lagu I Need U.Kalau tengok betul-betul storyline MV ni ialah sambungan cerita I Need U.Ni macam MV Kpop dulu-dulu, ada jalan cerita.
Sedap J-hope dan Jungkook nyanyi lagu ni.
Aku memang suka mana-mana lagu berkaitan hujan ni...huhu..
Ni lagu yang vokal je nyanyi.Takdak rap-rap ni.Dalam album BTS, memang depa akan include Intro untuk rappers je dan Outro untuk vokal.Terserlah kemantapan vokal depa ni.
Blog yang macam-macam ada.Seorang yang bookaholic, suka muzik,layan drama,belajar macam-macam bahasa (tahu sikit-sikit je sebab secara tak formal),suka masak (walapun tak pandai mana),suka travel (walaupun tak pernah travel betul-betul lagi),dan menulis bila ada mood.Salam perkenalan....