Friday, September 30, 2016

Anomalis

Anomalis - Orang yang menyimpang daripada kebiasaan.


Dah lama tak review buku dalam blog ini.Buku ni aku beli masa Pesta Buku Selangor 2016 di SACC.Aku beli buku ni kat booth Iman Shoppe dengan buku Cakar Ayam Seorang Doktor.Buku ni terbitan Deen Prints.Sejujurnya, sebab aku beli buku ni disebabkan kulit buku yang tertera maksud anomalis.Lain daripada yang lain reka bentuk kulit buku ini.Terus terbayangkan kamus.

Dan sebab yang kedua, sebab ada kata pengantar daripada Saudari Sayidah Muizzah Kamarul Shukri, pengasas Legasi Oakheart, di kulit belakang buku ini.Aku memang kagum dengan penulisan beliau dan lantas aku beli buku ni walaupun tidak begitu mengenali penulis ini.

Dr Ariza Mohamed menulis catatan pengembaraannya ke pelbagai negara dan dianalisis secara objektif pengajaran yang dapat ditimba.Beliau tidak sekadar menceritakan tempat yang dilawati, malah sikap penduduk tempatan turut diperhati dan bagi aku, gaya penulisan sebegini memberi kelainan terhadap gaya penulisan travelog.Antara negara yang diceritakan dalam buku ini ialah Rusia, India, Mesir, Pakistan, dan Indonesia.

Bab yang paling aku suka apabila beliau pergi ke Deoband, India di sebuah madrasah terkenal di mana Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga pernah belajar di sana.Perpustakaan madrasah ini menempatkan ribuan manuskrip lama dalam pelbagai bidang.Semasa kunjungan beliau ke sana, perpustakaan dalam proses pengubahsuaian semula.

Gaya penulisan beliau lebih kepada nada menegur secara terus kepada pembaca tanpa menggunakan ayat kiasan yang berbunga-bunga.Bagus sebagai peringatan kepada kita agar tidak terus terleka.Catatan pengembaraan yang diselit ibrah sebegini perlu agar kita tidak terus terbuai dengan pengembaraan yang manis-manis sahaja.Setiap pengembaraan beliau, beliau tidak segan silu berdakwah kepada non-Muslim dan hal ini amat mengkagumkan.

Memang aku akan beli lagi buku beliau jika ada buku seterusnya selepas ini.

Monday, September 12, 2016

Sad Kpop Songs Part 4

Entri aku sebelum ini dah ada tentang kumpulan Big Bang, CN Blue, BEAST, FT Island,BTS,T-ara.Kali ni aku nak review lagu dari kumpulan top masa kini, EXO.

1. Baby Don't Cry


Terserlah kemantapan vocal line depa ni.

2. El Dorado


Banyak jugak non-title track EXO ni yang best didengar.Aku susah nak suka non-title track tapi EXO berjaya mengubah persepsi ni.Dan, dua kali Baekhyun tarik note tinggi dalam lagu ni.

3. Hurt


Ni lagu kedua dalam album EXODUS yang best.Seriously, banyak lagu dalam album EXODUS ni best.

4. Exodus


Ni pulak lagu Exodus.

5. Sing For You


Kalau rasa nak dengar suara Chanyeol menyanyi, boleh la dengar lagu ni dan Exodus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...