Sunday, June 19, 2016

Karya Syud

Dah lama aku nak buat entri khas tentang novel-novel Syud. Syud ni antara penulis terawal dengan Jemari Seni.Gaya penulisan Syud ni kalau aku nak gambarkan macam kalau kita masak tu secukup rasa.Tak terlebih masin ke manis ke atau tawar.Sedang-sedang sahaja.Gaya penulisan Syud sangat bersahaja, memang menggambarkan realiti kehidupan seharian dan itu membuatkan kita rasa dekat dengan novelnya.

Ok, jom kita tengok sepintas lalu novel-novelnya.

1. Tentang...Dhiya
Novel ni mengisahkan Azril Mustaufi dan Dhiya Nurlisa.Mula kenal sebab terpaksa satu kumpulan untuk subjek English di UTM Skudai. Oh ya, semua watak dalam novel Syud merupakan pelajar dan alumni UTM dan Syud ni memang anak Johor jadi memang latar tempat dalam novel-novelnya sekitar Johor dan ada sedikit di Lembah Kelang.Sebab ni novel pertama dengan JS, jadi cerita pasal kehidupan di universiti sebagai permulaan untuk Syud dikenali pembaca memang berjaya.

UPDATE 4/6/2023: Novel Tentang Dhiya versi cetakan semula oleh Manes Wordworks boleh dapatkan secara online di sini.




2. Untuk Awak Teja Aulia
Adil dan Aulia ni bersahabat baik sejak sekolah dan jiran satu taman.Tapi ye lah, lelaki dan perempuan mana boleh kawan baik, ada yang tergelincir.Jalan cerita yang klise macam ni bila Syud tulis, kita tak rasa sangat cliche tu, dan kita boleh terima.Satu lagi, Adil ni kawan baik dengan Azril, watak utama daripada novel sebelum ni. Geng depa ni ialah Azril, Adil, Pacai, Taufiq, dan Umar Hamka.Jadi, ada jugak la penampilan khas atau cameo gitu daripada Azril dalam novel ni.Novel-novel JS memang terkenal dengan cross over watak-watak macam ni.



3. Baju Melayu Hijau Serindit
Novel Syud paling nipis tapi yang banyak kali aku ulang.Kali ni cerita pasal Pacai pula.Pacai ni nama betulnya Firas.Kalau sebelum ni, watak hero heroin memang kenal secara natural, maksudnya atas nama rakan sekelas, jiran satu taman, kali ni watak Pacai ni terberkenan dengan Wardah yang telah dijumpa nya banyak kali secara kebetulan di mana-mana.Kalau ikut timeline dalam novel ni, macam Pacai yang kahwin last sekali dalam geng depa ni.



4. Tas Merah Jambu dalam antologi Kebun Mimpi
Yang ni pulak watak heroin, Nisa menyimpan perasaan pada Adif. Kawan-kawannya cuba beritahu Adif perasaan Nisa ni tapi tidak secara direct.Jenuh la Adif dan kawan-kawannya juga meneka siapakah gerangan orangnya.Suka sangat watak-watak kawan-kawan Adif dan Nisa yang menceriakan keadaan.Teringat masa zaman belajar aku kat UKM dulu.

Update 7/10/2018

5. Dia..dalam Ramai dalam antologi Tinta
Rasa macam setting drama Korea sangat..Fadli Ameeruddin atau Ameer atau Lee (panggilan Azril masa zaman sekolah), selalu terserempak dengan Sufiy Suraiya, seorang penulis novel kanak-kanak di JS.Masa tu Sufiy ni intern di bangunan yang sama dengan Lee.Habis intern, terus hilang jejak.Dan tak disangka-sangka, mereka jiran sebelah rumah dan sekampung,haha..Ada scene kononnya Ameer ni sampaikan ucapan melalui Sinar FM,,ok,ini lawak.
Yang best,watak Sufiy dan Ameer ni ulat buku dan Ameer confess kat Sufiy pun kt kedai buku.Azril dan Lisa ada buat cameo dalam cerita ni.Rupanya baru aku faham Lee yang disebut dalam novela 10 tu rupanya Ameer ni.Dan Firdaus, hero dalam Vignette,tu abang kepada bekas teman lelaki Sufiy.Di awal novel Vignette,ada diceritakan yang Firdaus dapat kad jemputan kahwin Sufiy dan Ameer.
(p/s: Aku baru beli Tinta asbab jualan selamat tinggal JS, tu sebab baru tau cerita Ameer-Sufiy ni dan baru update entri ni.Maka, lengkaplah senarai novel karya Syud yang aku ada.



5. Pelangi dalam antologi Pelangi
Kali ni cerita pasal perkahwinan diatur keluarga.Iman Aisyah,anak yatim piatu yang biasa berdikari dijodohkan ibu saudaranya dengan Usamah, seorang yang pernah ada sejarah lalu yang agak hitam. Ni first time Syud menulis tentang alam rumah tangga.

6. Langit..Tetap Biru dalam antologi Damai
Zahra ni suka Fikri sampaikan buat satu cerpen guna nama Fikri.Dan nak dijadikan cerita, Fikri tergoogle nama sendiri dan Fikri pun emel Zahra kerana nak tahu kesudahan ceritanya.Dan, bekas teman wanita Fikri adalah kawan baik Zahra semasa zaman matrikulasi.Dan atas nama teman, mereka terjumpa dan Fikri mula tertarik kepada Zahra.Zahra ni sepupu Wardah dalam Baju Melayu Hijau Serindit.Fikri ni pula abang kepada Nisa dalam Tas Merah Jambu.Kita rasa dunia ni kecik ja bila baca novel Syud.

7. Vignette
Yang ni novel terbaru tahun ni.Makan masa jugak dalam 5 tahun selepas novel BMHS untuk Syud keluarkan novel baru.Aku ingatkan Syud akan cerita pasal Taufiq atau Umar Hamka, sekali bukan.Heroin ni namanya Najiha, a.k.a Jiji. Jiji ni kawan baik Lisa dalam Tentang..Dhiya.Kali ni cerita rakan sepejabat pulak.Nampak kematangan Syud daripada cerita zaman universiti hingga lah ke alam pekerjaan.
Dan hero Firdaus ni sepupu kepada Usamah dan Ilham rupa-rupanya.Ilham ni watak yang Wardah minat sebelum jumpa dengan Pacai.Oh ya, Wardah pun ada buat cameo dalam novel ni dengan wataknya baru bertukar tempat kerja dan sama tempat kerja dengan Jiji.Dan tiga sepupu ni berkongsi perniagaan kafe dan bakery di Terengganu.Buat aku rasa nak pergi kafe je Syud ni.



Update 7/11/2016
6.Alviso dalam novela 10
Yang ni pulak paling latest dalam novela 10 yang mengumpulkan karya-karya daripada 10 penulis terawal JS.Mengisahkan geng 5 sekawan ni kalut cari Taufiq yang tiba-tiba menghilangkan diri lepas kematian isterinya.Azril cari Taufiq disebabkan bekas rakan sepejabatnya, Ain Zuhaira(Aira) cari tukang buat perabot untuk kafenya.Kafe lagi, memang baca novela 10 ni buat aku lapar je.Dah la Hlovate pun cerita pasal makanan jugak dalam 10 ni, iaitu tentang Garpu dan Camca daripada novel Contengan Jalanan.Nak dijadikan cerita, Taufiq ni menghilangkan diri dan kerja dekat satu kedai hardware yang bersebelahan dengan kafe and bakery Aira ni.Masa ni rasa macam tengok drama Korea pulak.



Syud memang akan menggambarkan watak-wataknya sebagai seorang yang tidak sempurna.Baru rasa berpijak atas bumi nyata sikit.Penat dah baca novel yang wataknya mesti tampan,segak,bergaya,rupawan,romantik,caring...huhu..Kalau anda nak kan novel yang bagi perasaan manis-manis yang tak sampai tahap potong kaki,boleh cari novel Syud ya.

Ni gambar aku dengan Syud masa PBAKL 2014.Kecik comel je Syud ni.Moga cepat tulis novel baru pulak ye.

11 comments:

Unknown said...

Ada 2 lagi cerpen syud yg awk lupa nak mention. Novel tinta citer 'dia,dlm ramai'. Watak heroin citer tu nama sufiy, yg pernah ada history dgn adik firdaus (hero citer vignette). Firdaus ada buat cameo dlm citer tu. Sufiy pun ada cameo jugak dlm novel vignette.
Then, citer pendek dlm novel cinta pertama. Kapal terbang kertas..pendek je citer tu.

Oh, saya nak tnya. Citer alviso tu watak taufiq tu kwn azril ke?

sfw said...

Liyana Aziz..thanks..yup.citer alviso tu taufiq kawan Azril..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
sfw said...

Nafisa Zahari, wah ramai rupanya peminat syud kan..sama la kita..harapnya Syud ada la novel baru tahun depan.

lullaby said...

Ada yg nak jual novel 10 tak? 🥺 pls la sape2 yg ada sudi jual

sfw said...

Lullaby, susah dah rasanya nak dapat novela 10..limited sangat

Anonymous said...

Tahu FB syud x? Nak tahu jugak pkembangan dia skrg..rindu nk baca karya baru dia

Unknown said...

Ada nak jual novel Vignette tak? Dah penat cari, JS lun dah tutup, saya teringin sngt nak baca

Anonymous said...

IG syud @ ryuhada . Guys, jom pujuk syud publish Alvinso @ E-Sentral !
Or publish buku Vignette, huhuh

sfw said...

Thanks Anonymous utk ig syud, jom pujuk Syud publish Alviso, expand sikit cerita tu kemudian publish kan

Roastedchickenyumyum03 said...

Saya paling suka novel syud selain hlovate dn nazurah aishah..mmg best

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...