Thursday, March 14, 2013

Hanyut

Salam ukhuwah dan mahabbah..


Berkurun terukir sejarah alpa,                                                          
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

Lirik di atas dipetik daripada lagu bertajuk Hanyut dendangan UNIC,kumpulan nasyid yang tidak perlu diperkenalkan lagi..Sama-sama kita hayati.


Tuesday, March 5, 2013

Citra Penterjemah

Salam mahabbah..

Menjelang semester 2,subjek yang wajib diambil olehku ialah subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab 1.Dan kami diamanahkan membuat satu blog secara berkumpulan.Markah dikira berdasarkan blog yang paling bermaklumat dan menarik.Jadi,,mintaklah jasa kalian semua follow dan komen la blog tugasan aku ni ye!


“Jika anda tidak pandai mengarang maka jadilah seorang penyunting dan jika anda tidak pandai mengarang dan menyunting, maka jadilah seorang penterjemah''

Sekadar gambar hiasan..

Friday, March 1, 2013

Debat ASEAN 2013


- بسم اللّه العليّ الأعلى, أحمد اللّه سبحانه وتعالى باسمائه الحسنى وصفاته العظمى, ربّنا وربّ من الأمم الأولى, والصّلاة والسّلام على نبيّنا المجتبى وحبيبنا المصطفى, وعلى اله وصحبه ومن اهتدى.....قال : ربّ اشرح لي صدري ويسّرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي.. أما بعد


Salam mahabbah..

Pada 31 Januari hingga 4 Februari 2013,bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),telah diadakan Ihtifal IPT ASEAN 2013.Antara aktiviti yang diadakan ialah Konvensyen Pendakwah Muda,pertandingan nasyid,tilawah Al-Quran dan debat bahasa Arab ASEAN.Dah tentulah aku menyertai debat.Pengalaman pertama mewakili universiti di kala aku baru menjejakkan kaki ke tahun pertama.Rasa macam bermimpi je,betul ke aku yang masuk ni?Apapun,aku akan menceritakan sedikit sebanyak perjalanan wakil UKM sepanjang pertandingan debat ni.

UKM menghantar dua team iaitu UKM A dan UKM B di mana strategi kami meletakkan pembahas senior di team B dan junior(yang baru merasa pengalaman bertanding) di team A.UKM A diwakili oleh aku sendiri yang boleh berperanan sebagai pembahas kedua atau ketiga,saudari Nor Suhada Seti sebagai pembahas pertama,saudari Siti Nurulizah bt Musa sebagai pembahas kedua,dan saudara Khairul Nizam bin Awang Kechik sebagai pembahas ketiga.

Manakala,UKM A diwakili oleh saudari Nurul Iman binti Mohd Anuar Kamal sebagai pembahas pertama,saudara Saiful Islam bin Mohamad Naser sebagai pembahas kedua,dan YDP Kelab Debat Bahasa Arab UKM,saudara Mohamad Akmal Amali bin Jamaludin sebagai pembahas ketiga.
Persiapan seminggu sebelum pertandingan...

Kami perlu mengharungi enam pusingan awal selama dua hari sebelum dapat layak ke peringkat suku akhir berdasarkan sistem power match.Setelah berhempas pulas selama dua hari mengharungi  enam jaulah(pusingan) awal ditambah berkampung di UKM selama seminggu untuk berlatih di kala pelajar lain sedang bercuti semester,alhamduillah kedua-dua team UKM berjaya mendapat kejayaan yang memberangsangkan.

TEAM UKM A


TEAM UKM B

Team UKM A mendapat tempat ke-14 dan UKM B mendapat tempat ke-10 daripada 18 pasukan yang bertanding meliputi Malaysia,Indonesia dan Brunei.Pertandingan akhir pula menemukan antara Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah(UIN),Jakarta,Indonesia dan Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) di mana kemenangan memihak kepada UIN.

Sekalung penghargaan saya ucapkan kepada pembimbing kami iaitu Ustaz Zaki,Ustaz Muslim,Ustazah Ummu Hani,Ustazah Syazwina dan Ustazah Faizah di atas kesudian mengorbankan masa dan tenaga membimbing kami terutama saya sebagai budak yang baru hendak mengenali asam garam dunia perdebatan,pihak UKM,serta ahli-ahli kelab debat bahasa Arab UKM yang memberkan sokongan moral.

Sekian,حيا باللغة العربية

Syukran ala husni taawunikum fi hazihi al-munazarah…ilal liqa akhar.

TEAM UKM A dan UKM B




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...