Wednesday, August 15, 2012

9/10 Punca Rezeki


Salam mahabbah buat pembaca..

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Pernah atau tidak kita bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan??Tak pernah terlintas kut di benak fikiran kita..Kalau zaman sekolah dulu,nak dengar kawan-kawan kita kata nak jadi ‘businessman’ bila disoal tentang cita-cita oleh guru,mesti susah kan! Tapi aku ada je sorang kawan aku dulu yang memang cita-cita dia nak jadi ‘businessman’..Bila disoal oleh guru tentang cita-citanya, dia jawab nak jadi ahli perniagaan makanan halal!Memang superb lah jawapan dia..Tu yang buat aku ingat sampai sekarang..Yang aku tahu sekarang, dia study bidang ekonomi kat salah sebuah IPTA..Dah dekat dah tu dengan bidang perniagaan..Moga cita-cita dia tercapai..Amin..

Aku terasa nak tulis pasal kerjaya ahli perniagaan ni sebab melihatkan fenomena kurangnya usahawan Bumiputera atau lebih tepatnya orang Islam terlibat dalam bidang perniagaan.Pernah tak kita berkehendakkan sesuatu barang atau produk,tetapi susah untuk mendapatkannya daripada orang Islam.Pilihan yang ada hanyalah usahawan bukan Islam.Memanglah tak salah berjual beli dengan orang buka Islam,namun aku percaya masih ramai yang lebih selesa berurus niaga dengan orang seagama.

Namun,sering terjadi timbul masalah juga berjual beli dengan orang Islam.Antaranya isu kebersihan,layanan yang kurang sopan terhadap pelanggan,penipuan sukatan dan timbangan,serta kekurangan stok terhadap produk yang dikehendaki oleh pelanggan.Hal beginilah membuatkan sesetengah golongan mencebik ketika diminta memberikan sokongan terhadap usahawan Islam.Hal ini juga memberikan imej yang buruk terhadap agama Islam.Rasulullah S.A.W telah memberikan contoh yang baik sebagai ahli perniagaan berjaya. Mengapa tidak kita mencontohinya??

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Sekarang ni aku dah mula membeli secara atas talian..Hehe..Secara ‘online’ lah...Dulu aku kurang yakin dengan transaksi atas talian ni.Ye la takut tak puas hati bila barang sudah dipos sebab tak dapat tengok ‘live’ sebelum beli..Sekarang ni aku yakin untuk jual beli buku dan tudung je secara ‘online.Aku  mula beli secara ‘online’ sebab susah nak dapatkan buku dan tudung yang aku nak kat kawasan tempat tinggal aku..Kalau buku mungkin tak akan timbul masalah tak puas hati,tapi masa nak beli tudung(aku pakai tudung bidang 60,susah nak cari tudung jenis ni) aku ‘survey’ dulu kat facebook dan google..Caranya cari website atau blog yang mempunyai ‘pageview’ yang tinggi serta banyak maklum balas dan komen yang memuaskan daripada pengunjung.

Fikir-fikir balik memang dapat pahala banyak orang berniaga ni nak-nak bila perkhidmatan atau produk yang dijual susah didapati,kira dah macam fardu kifayah dah.Jadi,bila seseorang berniaga benda yang orang nak tapi susah nak dapat,dah kira banyak pahala bagi dia sebab memudahkan urusan ramai orang..Contohnya aku,susah sangat nak cari orang jual tudung bidang 60 dan tudung labuh..Kalau ada pun,jenis yang jarang daripada kain bawal..Akhirnya,aku jumpa juga kat internet..Memang beliau telah memudahkan ramai muslimah yang tercari-cari tudung yang sesuai untuk menutup aurat..See,mesti dia dapat banyak pahala kan!

Akhir kata,
‘Seandainya kita tidak mampu melakukan walau sedikit kebaikan dan kesenangan kepada orang lain,berusahalah supaya kita tidak melakukan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.’

P/S:Sesiapa yang ingin membeli secara online tudung bidang 60 dan 50,boleh jenguk blog ni..Hijab for Muslimah..Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kualiti barangnya..

2 comments:

Anonymous said...

Mungkin punca umat muslim x minat niaga kerana kurang keyakinan diri & lebih senang keje makan gaji. Kalo aku lebih suka pi kedai Melayu jg jauh sikit asal dpt bantu ekonomi umat Islam.

sfw said...

betul tu Alif Yusof..berniaga ni tak jadi budaya sebati masyarakat Melayu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...