Wednesday, February 24, 2010

WAJAH BARU BLOG ANDA!

Blogging bukanlah perkara asing dalam gaya hidup masa kini. Boleh dikatakan kebanyakan pengguna Internet mempunyai blog sendiri sama ada blog peribadi, blog korporat atau blog kumpulan, masing-masing blogging atas tujuan sendiri. Bagi yang gemar meluahkan perasaan atau berkarya , pastinya blog menjadi platform terpenting di talian. 

Namun, melihat templat blog yang sama boleh menjadi perkara yang begitu membosankan. Hos blog pula menyediakan templat yang terhad, membuatkan sesetengah pengguna terpaksa menggunakan hanya templat yang disediakan. Perkara ini sebenarnya boleh diubah dan laman web btemplates.com boleh mengubati kekecewaan anda. Ia merupakan sebuah laman web di talian yang menyediakan templat percuma untuk pengguna hos blog Blogger.com. 

Anda boleh muat turun, pasang dan beri wajah baru kepada blog anda dalam sekelip mata. Ayuh apa lagi, berikan wajah baru kepada blog anda!


  • Untuk muat turun fail templat ke PC, langkah-langkahnya:
  • Klik ikon muat turun fail templat di btemplates.com.
  • Anda akan menerimanya dalam format fail zip.
  • Unzip terlebih dahulu untuk dapatkan dalam bentuk fail XML.
  • Buka seksyen Layout blog (Dashboard-Layout-Edit HTML)
  • Cari dan muat naik fail XML dan simpan.
  • Lihat templat baru blog anda.



  • Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana bertajuk Wajah Baru Blog Anda tulisan Ani Nadila Yusof dalam majalah Fokus SPM keluaran November 2009 terbitan syarikat Karangkraf.

Tuesday, February 16, 2010

DETECTIVE CONAN: PENYIASAT PALING POPULAR

Detective Conan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada kebanyakan peminat anime atau manga dari Jepun ini.Detective Conan atau jugak dikenali sebagai Case Closed ataupun Meitantei Konan di Jepun. Ia adalah hasil karya anime Gosho Aoyama yang telah diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Sunday sejak tahun 1994. Versi animenya diterbitkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan ke udara sebanyak 450 episod tv yang masih lagi disiarkan di Malaysia dan juga di Jepun sehingga ke hari ini. Pada Julai 2003, FUNimation telah mengumumkan Detective Conan yang disiarkan mesti ditukar tajuk kepada ‘’Case Closed’’ atas isu undang-undang yang berkaitan dengan nama Conan (Conan the Barbarian walaupun nama Conan tu sebenarnya nama biasa) Tetapi di sebalik popularitinya, terdapat beberapa stesen tv menolak penayangan Detective Conan ni sebab terdapatnya adegan kekejaman seperti pembunuhan, mayat dan juga keganasan terhadap kanak-kanak. Selain Malaysia, anime ini juga mendapat sambutan di Chile, Sepanyol, Jerman, Itali, China, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu , Filipina dan beberapa negara lain. Wow!



Dipetik daripada rencana bertajuk Detective Conan Mendaki Populariti tulisan Nanie dalam majalah g3 bulan September 2006 keluaran syarikat Karangkraf.

KERJAYA DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG: UNTUK MENCARI POPULARITI ATAU MENEGAKKAN KEADILAN?

Pengkhususan dalam bidang undang-undang terbahagi kepada undang-undang sivil dan syariah. Bagaimanapun, kebanyakan alma tempatan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menitikberatkan kedua-dua pengkhususan bagi melahirkan lulusan undang-undang yang berkualiti yang dapat menegakkan hukum dunia dan pada masa yang sama tidak mengenepikan hukum syariat Allah. 
                                         
                                                            

Pengajian dalam bidang ini amat mementingkan bahasa Inggeris sama ada dalam komunikasi ataupun penulisan kerana semua buku rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Selain itu, semua dokumen-dokumen perjanjian disediakan dalam bahasa Inggeris. Bagi yang beminat menceburi bidang ini, anda mesti fasih bertutur bahasa Inggeris walaupun bahasa pengantar di mahkamah sekarang ialah bahasa Melayu. Kerjaya bagi lulusan undang-undang semestinya sebagai seorang peguam, sama ada peguam sivil atau syarie atau kedua-duanya sekali. Sekiranya tidak berminat bertikam lidah di mahkamah, anda boleh memilih untuk menjadi penasihat undang-undang bagi syarikat-syarikat besar yang anda dikehendaki menggubal polisi syarikat agar tidak bertentangan dengan undang-undang. 

Namun, semuanya terletak pada nawaitu diri sendiri sama ada menceburi bidang ini sekadar untuk mendapat kepuasan untuk berbalas hujah di mahkamah atau menegakkan keadilan untuk segenap lapisan masyarakat. Bak kata pelawak terkenal, Nabil, lu fikirlah sendiri!


  • Sumber rujukan buku Panduan Kerjaya :Tentukan Hala Tuju Anda Selepas Alam Persekolahan tulisan Amin Hazyq. Beliau ialah graduan lulusan University of Bradford, United Kingdom yang telah lama berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia.

PROFESION DOKTOR: UNTUK KEPUASAN DIRI ATAU SEKADAR IKUTAN?

Doktor adalah individu yang memiliki ijazah kedoktoran (MD:Medical Doctor atau MBBS:Medicine Bachelor Bachelor of Surgery) dan diiktiraf oleh agensi yang bertanggungjawab dalam pendaftaran dan pelesenan bagi pengamal perubatan. Tugas dan tanggungjawab doktor adalah istimewa dan unik serta memerlukan komitmen kerja yang tinggi. Doktor mampu bertugas di luar waktu pejabat dan menitikberatkan keselamatan dan keperluan pesakit. Bagi memohon kursus perubatan, ia bergantung kepada peringkat pengajian pelajar. Pelajar lepasan SPM perlu memohon ke matrikulasi sebelum ke sekolah perubatan. Manakala, bagi lepasan STPM boleh memohon terus ke IPTA atau IPTS. Peluang kerjaya dalam bidang perubatan sangat luas. Secara ringkasnya, seseorang yang telah menamatkan ijazah kedoktoran tidak kira MD atau MBBS diwajibkan bagi menamatkan perkhidmatan wajib selama tiga tahun di hospital-hospital kerajaan. Tempoh ini termasuk satu tahun sebagai houseman atau doctor siswazah dan dua tahun lagi sebagai pegawai perubatan. Kemudian, pegawai perubatan siswazah dikehendaki melalui tiga rotasi utama selama satu tahun meliputi asas surgery, perubatan, obstetrik serta ginekologi( bidang sakit puan). Ini memberikan peluang bagi mereka memilih subkepakaran yang ingin mereka pilih kelak. Bagi yang berminat menjadi pensyarah perubatan di samping bertugas sebagai pakar perubatan, pilihan boleh dilakukan bagi menyertai university tempatan sebagai pensyarah pelatih perubatan. Bersesuaian dengan tugas yang diberikan serta tanggungjawab, gred pensyarah pelatih perubatan adalah tinggi sedikit berbanding gred pegawai perubatan biasa iaitu DU 45. Bidang perubatan adalah bidang yang mencabar, memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Apapun, pisau di tangan anda , terpulang kepada anda untuk memilih profesion doktor sama ada kerana Tuhan, memenuhi tuntutan fardu kifayah,untuk kepuasan diri dalam membantu sesama manusia ataupun sekadar mengikuti ajakan rakan atau kemahuan ahli keluarga. Tepuk dada, tanyalah selera!

FAKTA POLITIK DUNIA

JUMLAH NEGARA:193
NEGARA TERBESAR: Russia
NEGARA TERKECIL:Kota Vatican,Itali

FAKTA NEGARA DI BENUA AMERIKA

  • Amerika Syarikat membeli Alaska dari Russia pada tahun 1867 dengan harga $7.2 million. Namun, banyak pihak mengecam tindakan tersebut kerana menganggap itu pembaziran. Tetapi, setelah penemuan emas dan minyak di Alaska, ia dianggap satu keuntungan yang sememangnya mutlak bagi Amerika Syarikat.
  • Permainan hoki ais pertama kali dimainkan pada tahun 1855 oleh askar British di Ontario dan Nova Scotia. Hoki ais sekarang ialah sukan kebangsaan bagi negara Kanada.
  • Bangunan terkenal, Statue of Liberty ialah hadiah daripada rakyat Perancis kepada rakyat Amerika Syarikat. Direka oleh Frederic-Auguste Bartholdi dan di bawah seliaan jurutera Alexandre Gustave Eiffel, yang turut terlibat dalam pembinaan menara terkenal menara Eiffel di Paris,Perancis. Bangunan ini mengambil masa sembilan tahun untuk siap sepenuhnya pada tahun 1886.
  • Gurun Atacama di utara Chile ialah tempat terkering di dunia.
  • Tarian tango berasal dari negara Argentina dan sekarang popular di seluruh dunia.

Wednesday, February 10, 2010

ZAMAN KAMPUS

assalamualaikum saje je semua lepasan SPM 2009 sekarang mesti tgh berangan menikmati zaman kampus di universiti tapi just nak ingatkan zaman kampus paling sesuai untuk menyerlahkan segala daya kepimpinan dan bakat semula jadi diri anda. Jika anda yang gemar berbahas, sertailah pasukan bahas bakal universiti anda nanti dan terlibatlah dalam pilihan raya kampus MPP. Jika anda meminati pasukan beruniform, sertailah Sukarelawan Polis atau PALAPES(Pasukan Latihan Pegawai Simpanan).Ingat zaman remaja dan belia hanya sekali. Nikmatilah ia!

APA NAK JADI DGN SUKAN NEGARA KITA?

Kemenangan pasukan bola sepak Malaysia menggondol pingat emas dalam kejohanan Sukan SEA pada tahun lepas terus menjadi bahan perbualan sehinggalah ke hari ini. Namun, yang berlalu biarkan terus berlalu. Kalendar sukan tahun 2010 dipenuhi dengan pelbagai kejohanan antarabangsa seperti kejohanan bola sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, Sukan Asia, Sukan Komanwel,serta Kejohanan Piala Thomas di mana Kuala Lumpur diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi temasya kali ini. Namun, kita harus bersikap realistik di mana tidak mungkin semua atlet negara yang dihantar mampu mencapai kemenangan di atas podium bagi memuaskan hati rakyat. Jika dilihat senario semasa, sukan yang hanya boleh diharapkan untuk menyumbang sesuatu ialah skuash,badminton,boling,renang,gimnastik,berbasikal manakala disiplin sukan yang lain hanya sekali-sekala membuat kejutan melakar kemenangan di arena sukan anatarabangsa.
Namun, sukan bola sepak dan berbasikal kian mendapat perhatian rakyat dan para pemerhati sukan tanah air ekoran kejayaan pasukan bola sepak bawah-23 tahun negara yang melakar sejarah tersendiri mengalahkan Vietnam 1-0 dalam kejohanan Sukan SEA Laos pada tahun lepas. Acara berbasikal pula mencuri perhatian ekoran kejayaan anak kelahiran Dungun,Terengganu,Azizulhasni Awang memenangi acara keirin dalam Kejohanan Piala Dunia Klasik di Beijing, baru-baru ini. Menariknya, kedua-dua kejayaan ini dilakar barisan anak muda yang umur masih belumpun mencecah 30 tahun bak kata orang-orang tua, belum mencecah umur matang. Namun, mereka membuktikan sebaliknya. Ini menunjukkan anak muda jika diberi peluang dan digilap bakat mereka secara berterusan, tidak mustahil mampu menggegar dunia!
Analisis yang kedua yang saya dapati hampir 80% barisan pemain skuad bawah-23 tahun negara ialah hasil keluaran Sekolah Sukan Bukit Jalil(SSBJ). Ini menunjukkan kejayaan sekolah sukan dalam melahirkan atlet berbakat buat negara berhasil dan ini menepis tanggapan sinis sesetengah pihak bahawa tentang ketidakupayaan sekolah sukan dalam melahirkan atlet berpotensi buat negara dan pada masa yang sama tidak tercicir dalam pelajaran. Apapun, peringatan saya. Biar apapun yang terjadi, sebagai rakyat Malaysia, sokonglah negara anda bagi memartabatkan sukan negara.
‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’

FAKTA SAINS DALAM AL-QURAN

-Semua cakerawala bergerak secara terapung(Yassin:40)
-Bumi bergerak(An-Naml:88)
-Atom adalah benda terkecil(Yunus:61)
-Pokok menghasilkan bahan bakar(Yasin:80)
-Altitud dan pernafasan(Al-An’aam:125)
-Semua makhluk berpasangan(Adz-Zaariyat:49)
-Kegunaan besi(Al-Hadiid;25)
-Langit yang terkawal(Al-Anbiyaa’:32)
Dipetik daripada rencana bertajuk Islam dan Sains Futuristik tulisan oleh Nurul Izzah Sidek dalam akhbar Utusan Malaysia dalam sisipan Mega.

PRINSIP-PRINSIP PERUNDANGAN ISLAM

Hukuman hudud,qisas,diyat, dan ta’zir dalam Kanun Jenayah Syariah bertujuan menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk kepada lima perkara:
- Menjaga agama- Menjaga akidah supaya tidak terpesong,tidak menjadi orang murtad yang wajib dijatuhkan hukuman bunuh terhadap mereka.
- Menjaga nyawa- Menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuk menjaga tubuh badan seseorang daripada dicederakan, dan dirosakkan.
- Menjaga akal fikiran- Menjaga akal fikiran manusia daripada kerosakan disebabkan minum arak atau minuman yang memabukkan,atau akan dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebatan dan tidak kurang daripada 40 kali sebatan.
- Menjaga keturunan- Contoh yang paling jelas ialah perbuatan zina supaya nasab keturunan,wali dan warisan anak-anak yang lahir daripada persetubuhan haram itu tidak rosak.
- Menjaga harta benda- Menjaga harta benda manusia daripada dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri.


Dipetik daripada rencana bertajuk Lima Perkara Utama Memartabatkan Prinsip Perundangan Islam dalam akhbar Berita Harian yang turut dipetik daripada buku Qanun Jenayah Syariah dan Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam berdasarkan Al-Quran dan Hadis oleh Said Ibrahim, bekas Mufti Sabah.

TVB DRAMA

Mesti korang tertanya-tanya kan TVB tu ape? TVB ni salah satu stesen televisyen yang berpusat di Hong Kong dan menyiarkan pelbagai drama-drama menarik dan pelbagai tema diutarakan tidak kiralah sejak zaman purba China hinggalah zaman moden hari ni.Saya tertarik menonton drama TVB ini kerana terdapat kepelbagaian tema diutarakan seperti contoh perihal kerjaya sebagai polis,peguam,bomba,doktor, ahli forensic malah pakar bedah mayat zaman purba China juga dijadikan drama bersiri terbitan mereka. Masalah perbezaan bahasa dan budaya tidak menjadi halangan bagi sebahagian masyarakat Malaysia untuk meminati drama siri sebegini kerana mungkin masyarakat sudah kebosanan dihidangkan cerita-cerita stereotaip Melayu yang hanya berkisarkan dunia korporat,dengki-mendengki,fitnah-memfitnah,persoalan cinta semata-mata,budaya rempit malah kebanyakan pelakon tidak mempamerkan mutu lakonan yang berkualiti tidak standing langsung dengan ketebalan mekap mereka yang sering kita saksikan dalam drama-drama Melayu! Berikut contoh drama TVB yang menarik yang pernah saya tonton dan ditayangkan di stesen televisyen Malaysia seperti ntv7 dan 8tv:
-Colurful Life- mengisahkan syarikat perusahaan membuat kain pada zaman purba China dan menariknya walaupun syarikat keluarga ini pernah mengalami kerugian,mereka bangkit bagi membina semula syarikat keluarga mereka sehingga berjaya.
-Armed Reaction-Siri ini berlanjutan selama empat siri dan apa yang dapat dianalisis daripada cerita ini kepantasan pasukan polis luar negara dalam menyiasat sesuatu kes amat pantas dan ini menyebabkan kadar jenayah mereka amat berkurangan. Bukanlah drama siri polis Gerak Khas tidak menarik,malah ia satu percubaan yang baik Cuma mungkin pergerakan jalan ceritanya yang agak lambat malah susun atur dialog para pelakonnya terlalu terikat dengan konsep secara formal membuatkan para penonton cepat bosan.
-Forensic Heroes-Mungkin ada yang beranggapan siri ini mengambil formula dari siri popular penyiasatan Amerika,CSI tetapi apa yang dapat saya rumuskan kebanyakan kes dalam cerita ini lebih mudah difahami dalam konteks masyarakat Asia yang tidak terlalu terdedah dengan teknologi canggih yang terkini hatta untuk melakukan jenayah sekalipun!
-On The First Beat-Siri ini masih ditayangkan di stesen ntv7 sekarang.Kecekapan yang ditunjukkan oleh salah satu cabang unit dalam pasukan polis Hong Kong,Police Tactical Unit(PTU) amat mengagumkan sekali. Malah,fungsi polis peronda di Hong Kong ditunjukkan dalam jelas dalam cerita ini malah turut membantu masyarakat sekeliling dalam menyelesaikan masalah harian mereka. Para penonton Malaysia yang menonton cerita ini pasti bersetuju dengan saya bahawa fungsi polis peronda tidak terlalu kelihatan di Malaysia, jika polis peronda di Malaysia dipertingkatkan kecekapannya secara efisien, pasti kadar jenayah remeh-temeh seperti kes ragut dapat dikurangkan.

Tuesday, February 9, 2010

BUAT PILIHAN TEPAT

Kat sini just nak lampirkan senarai pasaran pekerjaan yg kritikal sebagai panduan anda bagi memilih kursus pengajian yang bersesuaian:
-Doktor perubatan
-Ahli farmasi
-Ahli forensik
-Pengamal undang-undang
-Guru J-QAF
-Doktor gigi
-Pensyarah bahasa asing
-Akauntan
-Pakar animasi grafik berkomputer
-Jurutera pelantar minyak
-Ahli arkeologi

TAHUKAH ANDA?

-Politik: Dato' Seri Hishamudin Tun Hussein Onn dan Dato'Seri Mohd Najib Tun Razak ialah sepupu melalui pertalian saudara adik beradik kandung ibu masing-masing.
-Sukan:Kali terakhir Piala Thomas dimenangi ialah pada tahun 1992 sama dgn tahun kelahiran saya.
-Hiburan:Jehan Miskin ialah adik kepada bekas gimnas terbaik negara sekitar tahun 1990-an, Faiznur Miskin.
-Lee Chong Wei hanya pernah memenangi 5 pertemuan dengan Lin Dan daripada 11 pertemuan.
-Novelis terkenal yang menulis siri Harry Potter, J.K Rowling pada mulanya resah apabila siri pertama Harry Potter and The Philosopher Stone nyaris tidak dapat menjengah pasaran kerana manuskripnya ditolak oleh lapan penerbit buku. Alasannya mudah, Rowling tidak ada nama dan dia bukan selebriti.
-Tetapi dia bernasib baik apabila mendapat geran daripada Scottish Art Council, dia menyiapkan manuskrip novel itu dan menjualkannya kepada syarikat Bloomsbury dengan harga RM15,000. Biarpun membeli dengan harga yang murah, beliau telah menyelamatkan Bloomsbury daripada terus mengalami kerugian.
-Semasa mencetak Harry Potter and The Philosopher Stone, Bloomsbury menanggung kerugian 367,000 pound.Tetapi keuntungan mereka mencanak naik sebelum cukai tahun 2000 ialah sebanyak 2.6 juta pound!
-Pemain badminton negara,Lee Chong Wei tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, tetapi kelab bola sepak terkaya dunia, Manchester United!
-Jika anda pernah menonton siri The Chronicles of Narnia, nama Aslan dalam filem tersebut diambil daripada dialek masyarakat Turki yang bermaksud singa.
-Laksamana Cheng Ho dipercayai menemukan benua Amerika 70 tahun lebih awal sebelum Christopher Columbus.
-Qariah muda yang kian tersohor namanya setelah mengharumkan nama negara di Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa, Cik Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman bukanlah berlatarbelakangkan lulusan pengajian agama, sebaliknya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kewangan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
-Nama lama bagi ibu negara China, Beijing ialah Peking.
-Ketika negara China gah pada zaman tamadun purba dengan ketinggian tulisan dan kesusasteraannya, negara Korea masih belumpun mempunyai tulisannya sendiri! Atas kesedaran membudayakan kepentingan pendidikan kepada rakyatnya,Maharaja Korea akhirnya mengarahkan seluruh cerdik pandai negara tersebut mencipta tulisan untuk bahasa Korea agar segenap lapisan rakyatnya tahu membaca dan menulis.

Suara saya

assalamualaikum sebenarnya tak tau nak tulis apa just create it cuma nak meluahkan pandangan dan pendapat je
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...